Tahukah anda bahawa industri kewangan secara keseluruhan terbahagi kepada 3 iaitu pengumpulan harta, perlindungan harta dan perwarisan harta. Ramai orang mengumpul harta untuk kehidupan dan kesenangan hari-hari yang mendatang.Dan ramai juga yang mengambil pelbagai jenis takaful dan insuran untuk lindungi harta mereka. TETAPI ramai yang tidak ambil peduli malah tidak ada perancangan lansung untuk harta yang akan ditinggalkan selepas kematian mereka. WASIYYAH SHOPPE merupakan satu-satunya syarikat yang memberi kemudahan yang tidak ada pada syarikat lain.Jadi JANGAN TUNGGU LEBIH LAMA UNTUK MEMBUAT SEBARANG KEPUTUSAN KERANA JAMINAN YANG PASTI MENANTI ANDA..

Sunday, December 5, 2010

Pengenalan Terhadap Ilmu Faraid

DEFINASI ILMU FARAID :


Ilmu faraid juga dikenali sebagai ilmu
Al-mawaris (علم المواريث) Fiq Al-mawaris
(فقه المواريث) dan ilmu At-Turkah (علم التركة) kesemua nama-nama ini memberi erti yang sama; iaitu : ilmu pengetahuan untuk membahagikan harta pusaka kepada ahli warisnya dan menentukan bahagian-bahagiannya.

Ilmu Faraid Dari Sudut Bahasa :

Al-faraid (الفرائض) merupakan bentuk jama' "plural dari kata faridhah (فريضة) yang berasal dari kalimah al-fardhu (الفرض) ianya membawa kepada beberapa makna (1) :

1) Memberi erti (التقدير) menentukan, sebagai mana dalam firma Allah s.w.t :

وَإِنْ طَلَّقْتُمُوهُنَّ مِنْ قَبْلِ أَنْ تَمَسُّوهُنَّ وَقَدْ فَرَضْتُمْ لَهُنَّ فَرِيضَةً فَنِصْفُ مَا فَرَضْتُمْ إِلَّا أَنْ يَعْفُونَ أَوْ يَعْفُوَالَّذِي بِيَدِهِ عُقْدَةُ النِّكَاحِ
سورة البقرة الآية 237

“Jika kamu menceraikan Isteri-isterimu sebelum kamu bercampur dengan mereka, padahal Sesungguhnya kamu sudah menentukan maharnya, Maka bayarlah seperdua dari mahar yang Telah kamu tentukan itu, kecuali jika Isteri-isterimu itu memaafkan atau dimaafkan oleh orang yang memegang ikatan nikah”

2) Memberi erti (الحدود) menetapkan, sebagai mana dalam firma Allah s.w.t :

لِلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَالْأَقْرَبُونَ وَلِلنِّسَاءِ نَصِيبٌ مِمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَالْأَقْرَبُونَ مِمَّا قَلَّ مِنْهُ أَوْ كَثُرَ نَصِيبًا مَفْرُوضًا
سورة النساء الآية 7

"Bagi orang laki-laki ada hak bagian dari harta peninggalan ibu-bapa dan kerabatnya, dan bagi orang wanita ada hak bagian dari harta peninggalan ibu-bapa dan kerabatnya, baik sedikit atau banyak menurut bahagian yang telah ditetapkan"


3) Memberi erti (الإنزال) menurunkan, sebagai mana dalam firman Allah s.w.t :

إِنَّ الَّذِي فَرَضَ عَلَيْكَ الْقُرْآَنَ لَرَادُّكَ إِلَى مَعَادٍ قُلْ رَبِّي أَعْلَمُ مَنْ جَاءَ بِالْهُدَى وَمَنْ هُوَ فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ
سورة القصص الآية 85

"Sesungguhnya yang menurunkan atasmu (melaksanakan hukum-hukum) Al-Quran, benar-benar akan mengembalikan kamu ke tempat kembali, Katakanlah : Tuhan ku mengetahui orang yang membawa petunjuk dan orang yang dalam kesesatan yang nyata"


4) Memberi erti (البين) menerangkan, sebagai mana dalam firman Allah s.w.t :

قَدْ فَرَضَ اللَّهُ لَكُمْ تَحِلَّةَ أَيْمَانِكُمْ وَاللَّهُ مَوْلَاكُمْ وَهُوَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ
سورة التحريم الآية 2
“ Sesungguhnya Allah Telah menerangkan kepadamu sekalian membebaskan diri dari sumpahmu dan Allah adalah Pelindungmu dan dia Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana ”

5) Memberi erti (الواجب) mewajibkan, sebagai mana dalam firman Allah s.w.t :

سُورَةٌ أَنْزَلْنَاهَا وَفَرَضْنَاهَا وَأَنْزَلْنَا فِيهَا آَيَاتٍ بَيِّنَاتٍ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
سورة النور الآية 1

"(Ini adalah) satu surah yang kami turunkan dan kami wahibkan (menjalankan hukum-hukum yang ada di dalam)nya, dan kami turunkan di dalamnya ayat-ayat yang jelas, agar kamu selalu mengingatinya"

Ilmu Faraid Pada Pandangan Syara' :

Syikh Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-maridiny telah mendefinasikan ilmu Faraid dalam kitabnya yang erti (2) :

علم الفرائض : هو فقه المواريث ، وعلم الحساب الموصول لمعرفة ما يخص كل ذي حق حقه من التركة

"Ilmu Faraid : ialah Fiq yang berhubung kait dengan harta pusaka dan ilmu pengiraan bagi mengetahui setiap individu mendapat bahagiannya dari peninggalan harta pusaka"

Ini jelas telah menerangkan kepada kita bahawa ilmu faraid merupakan suatu ilmu untuk mengetahui cara pembahagian dan menguruskan harta pusaka kepada ahli warisnya setelah seseorang itu meninggal dunia, yang mengikut ajaran islam serta berpandukan kepada Al-Quran, As-Sunnah, ijma' ulama' dan Qias.


Gelaran Pada Ulama' Faraid :

Dalam islam telah menetapkan setiap tokoh ilmuan islam itu ada gelarannya mengikut bidangnya, sebagai mana kita ketahui bahawa ;
Ulama' Tafsir dikenali dengan gelaran Mufassirin (المفسرين)
Ulama' Hadis dikenali dengan gelaran Muhaddisin (المحدثين)
Ulama' Fiqah dikenali dengan gelaran Fuqoha' (الفقهاء)
begitulah seterusnya tokoh-tokoh islam dalam bidang-bidang yang lain.

Adapun gelaran pada tokoh ilmuan islam dalam bidang ilmu faraid dikenali dengan beberapa gelaran; iaitu (3) :
Al-farady (الفَرَضِي)
Al-faarid (الفَارِض)
Al-farraad (الفَرَّاض)
Al-fardy (الفَرْضِي)
boleh juga digelar sebagai Al-faraidy (الفَرَائِضِي)
Kesemua gelaran ini adalah ditujukan kepada tokoh ilmuan islam yang memiliki ilmu pengetahuan yang mendalam dan kepakaran dalam bidang Ilmu Faraid.

___________________________________________________________
(1) Petikan dari kitab : مغني المحتاج إلى معرفة معاني ألفاظ المنهاج
(2) Petikan dari kitab : الرحبية في علم الفرائض
(3) Petikan dari kitab : الخلاصة في علم الفرائض