Tahukah anda bahawa industri kewangan secara keseluruhan terbahagi kepada 3 iaitu pengumpulan harta, perlindungan harta dan perwarisan harta. Ramai orang mengumpul harta untuk kehidupan dan kesenangan hari-hari yang mendatang.Dan ramai juga yang mengambil pelbagai jenis takaful dan insuran untuk lindungi harta mereka. TETAPI ramai yang tidak ambil peduli malah tidak ada perancangan lansung untuk harta yang akan ditinggalkan selepas kematian mereka. WASIYYAH SHOPPE merupakan satu-satunya syarikat yang memberi kemudahan yang tidak ada pada syarikat lain.Jadi JANGAN TUNGGU LEBIH LAMA UNTUK MEMBUAT SEBARANG KEPUTUSAN KERANA JAMINAN YANG PASTI MENANTI ANDA..

Tuesday, October 12, 2010

Kesedaran Ilmu Perancangan Harta Pusaka

Boleh di katakan setiap tahun ada saja berita-berita yang berbunyi “Seorang lelaki mati di tetak kerana perebutan harta pusaka”, “Anak kemukakan tuntutan harta terhadap ibu kandung”, “Nenek ditumbuk sepupu-Tak puas hati pembahagian harta pusaka”, “RM40 Billion unclaimed cash and assets left by the dead”. Sedar tak sedar inilah sebenarnya yang di katakan fitnah harta. Rata-rata masyarakat pada hari ini berpendapat, dengan harta yang banyak hidup kita akan senang dan bahagia. Tanggapan itu memang betul…. Tapi kita perlu mengingatkan diri sendiri dan jangan sekali-kali kita leka dan ketahuilah bahawa harta yang banyak adalah sebenarnya tanggungjawab yang besar kepada kita. Kebahagian dunia dan akhirat boleh di capai dengan salah satu cara iaitu merancang dan menguruskan harta pusaka supaya tidak menjadi sesuatu yang boleh membawa kepada malapetaka buruk di kalangan ahli keluarga khasnya dan ekonomi negara umumnya.

Rasulullah S.A.W sejak dulu lagi pernah menyatakan dalam hadisnya yang bermaksud:-
“Pelajarilah Al-Quran serta ajarkan ianya kepada orang lain dan pelajarilah Ilmu Faraidh serta ajarkan ianya kepada orang lain. Kerana sesungguhnya aku ini akan di cabut nyawa (mati) dan ilmu tersebut juga akan di cabut oleh Allah S.W.T. Lalu akan timbullah Fitnah Harta sehingga nanti akan ada di kalangan dua orang yang berselisih tentang pembahagian harta pusakan dan mereka sendiri tidak tahu siapakah yang akan dapat menyelesaikan masalah mereka” (Hadis Shahih riwayat Al-Hakim, Al-Baihaqi dan Abdullah bin Mas’ud)

Kurangnya kesedaran mendalami dan mempelajari ilmu perancangan dan pengurusan harta pusaka dan Ilmu Faraidh membawa kepada mala petaka yang boleh di simpulkan seperti berikut:-
  1. Perbalahan sesama ahli keluarga hingga sanggup menzalimi dan menganiaya sesama sendiri;
  2. Merampas hak orang lain dan memakan harta anak yatim;
  3. Memalsukan dokumen-dokumen semata-mata untuk mendapatkan harta pusaka;
  4. Memutuskan silaturrahim, persaudaraan dan kasih sayang;
  5. Membawa implikasi yang besar kepada undang-undang, Ekonomi dan Sosial.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud :”Wahai orang-orang yang beriman, jangan lah kamu memakan harta di antara kamu dengan cara yang batil (haram atau tidak betul)”. (Surah An-Nisa ayat 29)
 
Allah juga berfirman di dalam surah An-Nisa ayat 10 yang bermaksud :“Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala”.
 
Ramai masyarakat Islam beranggapan bahawa Ilmu Faraidh adalah ilmu untuk orang yang telah meninggal dunia tanpa menyedari bahawa orang yang akan dan sepatutnya melaksanakan Ilmu Faraidh itu adalah orang yang masih hidup. Memang benar Ilmu Faraidh adalah merupakan kunci untuk menguruskan harta pusaka dan bagi orang yang masih hidup, Ilmu Faraidh akan menjadi pemangkin untuk melicinkan proses perancangan harta pusaka.
Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-Hasyr ayat 18 :“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwa lah kamu kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah di perbuatnya untuk hari esok”.
Allah juga berfirman di dalam surah Al-Imran ayat 185 bahawa :“Setiap yang bernyawa pasti akan menemui mati”.
Ini bermakna Allah S.W.T telah menegaskan bahawa kematian adalah satu kepastian bagi orang-orang yang masih hidup dan kita perlu bersiap sedia menghadapi untuk kepastian yang bakal menjemput kita. Perancangan Harta Pusaka amat di tuntut ke atas orang-orang Islam yang masih hidup untuk memastikan perkara-perkara berikut:-
  1. Melihat apa yang telah kita lakukan dalam mengejar kebahagian dunia dan akhirat. Adakah rezeki yang di perolehi hari ini diperolehi dari sumber yang halal dan diredhai Allah kerana pada satu hari yang pasti tiba bila ajal datang menjemput, harta-harta yang telah di kumpulkan tadi akan di warisi oleh waris-waris berhak kita;
  2. Memastikan bahawa selepas kita meninggal dunia, waris-waris kita berada dalam keadaan yang terjamin dan terjaga sepertimana kita masih hidup;
  3. Memastikan bahawa amal ibadah dan sedekah jariah yang kita lakukan semasa hidup dapat menjamin kebahagian kita di akhirat kelak;
  4. Mengenalpasti hutang-hutang dan merancang bagaimana kita hendak menyelesaikan hutang-hutang tersebut sama ada semasa kita masih hidup ataupun setelah kita meninggal dunia tanpa meninggalkan beban-beban hutang yang akhirnya akan menyusahkan waris-waris kita. Rasulullah ada menegaskan dalam hadisnya yang bermaksud :“Jiwa seorang mukmin itu disangkutkan dengan hutangnya sehingga hutangnya dilunaskan” (Riwayat Ahmad, Ibnu Hajar & Tarmizi).
Anggapan masyarakat Islam kita pada hari ini, bila di beitahu mengenai pentingnya merancang harta pusaka, adalah seperti berikut:-
  1. Orang banyak harta sahaja yang perlu membuat perancangan harta pusaka;
  2. 2. Hidup ni pun harta tiada, nak rancang macam mana?
  3. 3. Aku tiada harta tapi hutang banyak….
Tanggapan seperti inilah yang perlu di kikis dari minda masyarakat Islam kita kerana tanggapan ini boleh secara tidak langsung membuat kan kita leka dengan tuntutan Allah S.W.T dan mengabaikan tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim. Ketahuilah bahawa Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk umatnya. Dan kerana itulah Allah menurunkan Ilmu Faraidh yang tersergam dan tersusun rapi di dalam kitab suci Al-Quran kerana Allah tahu bahawa Ilmu tersebut lah yang mampu menjauhkan umatnya daripada pelbagai Fitnah Harta dan merupakan penyelesaian terbaik bagi semua masalah-masalah yang di hadapi umatnya khususnya yang berkaitan dengan harta pusaka.

Thursday, October 7, 2010

Hibah Dalam Konteks Operasi Takaful

Oleh WAN JEMIZAN WAN DERAMAN

Hibah secara asasnya bermaksud pemberian, sedekah atau hadiah melibatkan akad yang mengandungi pemberian hak milik oleh pemilik harta kepada seseorang secara suka rela semasa hayatnya atas dasar kasih sayang tanpa mengharapkan balasan ('iwad).

Hibah adalah diharuskan sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat 177 surah al-Baqarah.

Selain itu, terdapat hadis berkaitan urusan hibah ini. Sabda Rasulullah SAW: Berilah hadiah, kamu akan berkasih sayang. (riwayat al-Bukhari)

Pun begitu, apabila seseorang telah menghibahkan hartanya kepada individu yang lain, dia tidak boleh menarik semula atau membatalkan hibah tersebut kecuali dalam situasi seorang bapa menghibahkan harta kepada anaknya atau datuk kepada cucunya.

Rasulullah SAW bersabda: "Orang yang mengambil balik hibahnya seperti orang yang menjilat kembali muntahnya". (riwayat Al-Nasa'i)

Sabda Baginda SAW lagi: "Seseorang tidak boleh meminta balik hibahnya melainkan hibah bapa terhadap anaknya". (riwayat Al-Nasa'i)

Setiap kontrak dalam Islam mempunyai rukun-rukun dan syarat-syarat yang mesti dipatuhi, begitu juga dengan hibah.

Akad hibah tidak akan wujud melainkan setelah rukun-rukun dan syarat-syaratnya dipenuhi.

Rukun-rukun bagi hibah ialah pemberi hibah (al-wahib), penerima hibah (al-mauhub lahu), benda yang dihibahkan (al-mauhub) dan sighah (penawaran dan penerimaan atau ijab dan qabul).

Syarat-syarat sah pemberi ialah pemberi merupakan pemilik yang sah ke atas harta yang ingin dihibahkan, tidak dihalang oleh sesuatu perkara.



Pemberi juga merupakan seorang yang telah baligh dan hibah atau pemberian yang dibuat perlulah dibuat secara suka rela dan tanpa paksaan. Jika pemberi dipaksa untuk menghibah atau menghadiahkan hartanya kepada orang lain, secara automatik hibah tersebut adalah terbatal.

Selain itu, syarat-syarat penerima pula ialah penerima perlu wujud semasa proses hibah atau kontrak dijalankan. Syarat-syarat bagi barang yang ingin dihibahkan ialah ia mesti wujud semasa berlakunya akad hibah, halal, mempunyai nilai dan dimiliki oleh pemberi hibah.

Penerima hibah tidak boleh menghibahkan barang yang menjadi milik orang lain. Contohnya; Ali menghibahkan pen Ahmad kepada Abu. Hibah tersebut adalah tidak sah kerana pen tersebut adalah dimiliki oleh Ahmad dan bukan kepunyaan Ali.

Apabila sesuatu akad hibah memenuhi rukun-rukun dan syarat-syaratnya serta berlaku penyerahan dan pemberian barang itu (al-qabd), maka harta itu menjadi milik si penerima hibah. Jika al-qabd tidak berlaku, maka akad hibah tidak sah dan pemberi hibah berhak menarik balik hibah itu selama mana harta masih berada dalam miliknya.

Hibah diadaptasi sebagai konsep tambahan kepada produk-produk Takaful dan diamalkan oleh kebanyakan pengendali takaful seperti produk Pelan Pendidikan oleh Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.

Pembayar sumbangan

Produk ini hanya ditawarkan kepada ibu bapa yang mempunyai anak di mana ibu atau bapa akan bertindak sebagai pembayar sumbangan (pemberi hibah) dan anaknya merupakan peserta takaful (penerima hibah). Hibah seperti ini diharuskan kerana semua rukun dan syarat dapat dipenuhi.

Selain itu, pengendali Takaful melalui pengurusan Tabung Tabarruk akan menghibahkan sesuatu kepada peserta sebagai ganjaran di atas kejayaan tertentu yang dicapai oleh peserta. Hibah jenis ini juga jelas dan tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip syarak kerana semua rukun dan syarat dapat dipenuhi.

Berkaitan hibah manfaat Takaful kepada penama yang dinamakan di dalam borang penerima manfaat, para ilmuwan berselisih pendapat berkaitan beberapa isu yang ditimbulkan daripada amalan ini.

Antaranya adalah hibah seharusnya dilakukan semasa hidup, akan tetapi hibah manfaat Takaful akan hanya berkuatkuasa setelah peserta Takaful meninggal dunia.

Status manfaat Takaful juga masih dipertikaikan sama ada ia adalah harta si mati atau tidak. Jika ia adalah harta, adakah ia perlu dibahagi-bahagikan kepada ahli waris mengikut hukum faraid atau hibah yang dibuat itu sudah memadai untuk dilaksanakan.

Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (BNM) dalam mesyuaratnya yang ke 34 bertarikh 21 April 2003 / 19 Safar 1424, telah membuat keputusan mengenai aplikasi konsep hibah bagi pembahagian manfaat Takaful:

1. Manfaat Takaful boleh dihibahkan kerana ia merupakan hak para peserta. Justeru, para peserta mesti dibenarkan untuk melaksanakan hak-hak mereka berdasarkan pilihan mereka selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariah;

2. Status hibah yang digunakan dalam pelan takaful tidak akan berubah menjadi wasiat, kerana jenis hibah yang digunakan ialah hibah bersyarat di mana hibah yang dibuat ialah tawaran kepada penerima untuk tempoh masa yang tertentu.

Dalam konteks Takaful, manfaat Takaful dikaitkan dengan kematian peserta dan tempoh matang sijil. Jika peserta masih hidup semasa tempoh matang sijil, manfaat Takaful akan dimiliki oleh peserta. Akan tetapi, jika peserta meninggal dunia sebelum tempoh matang, maka hibah akan berkuatkuasa;

3. Peserta mempunyai hak membatalkan hibah yang dibuat sebelum tempoh matang sijil, kerana hibah bersyarat hanya sempurna selepas berlakunya penyerahan (qabdh);

4. Peserta mempunyai hak membatalkan hibah yang dibuat kepada seseorang individu dan menyerahkan barang yang ingin dihibahkan itu kepada orang lain atau membatalkan penyertaan dalam Takaful, jika penerimanya mati sebelum tempoh matang; dan

5. Borang penamaan Takaful perlu diselaras dan dinyatakan dengan jelas status penama sama ada sebagai benefisiari atau pemegang amanah (wasi). Sebarang masalah berkaitan pembahagian manfaat Takaful mestilah dirujuk kepada kontrak yang telah dimeterai.

Bagi produk-produk Takaful Keluarga yang ditawarkan oleh Takaful Ikhlas, pihak syarikat menyediakan borang cadangan hibah untuk peserta sekiranya mereka bercadang menghibahkan manfaat Takafulnya setelah berlaku kematian peserta.

Namun begitu, nama yang dicadang perlulah terdiri sama ada ibu bapa, pasangan yang sah, anak dan adik-beradik.

Walaupun hibah secara asasnya boleh diberi kepada sesiapa sahaja, namun, bagi menjaga dan memelihara kebajikan waris terdekat, pihak syarikat mengkhususkan kategori individu yang ingin dicadangkan sebagai penerima hibah.

Kesan daripada penggunaan akad hibah ialah harta yang telah dihibah terkeluar daripada harta pusaka dan tidak tertakluk kepada pembahagian harta pusaka atau faraid. Selain itu, harta tersebut tidak boleh dituntut oleh ahli waris yang lain.

Melihat kepada keperluan semasa, seharusnya lebih banyak produk yang berasaskan konsep hibah dihasilkan. Ia bagi menjadikan produk-produk tersebut lebih kompetitif dan mampu menandingi produk-produk yang ditawarkan oleh syarikat insurans konvensional.

Justeru, para pengendali Takaful seharusnya mempergiatkan usaha penyelidikan dan pembangunan bagi menghasilkan produk-produk yang bukan hanya kompetitif.

Apa yang paling penting, ia mestilah selaras serta selari dengan prinsip-prinsip yang digariskan oleh syariah.

Perbandingan Dengan & Tanpa Pakej Perkhidmatan Pengurusan Pusaka



Dengan Pakej Perkhidmatan Pengurusan Pusaka Wasiyyah Shoppe   Tanpa Pakej Perkhidmatan Pengurusan Pusaka Wasiyyah Shoppe
Sebaik Wasiyyah Shoppe dihubungi, wakil kami akan datang ke rumah waris untuk menasihatkan waris apa proses yang perlu mereka lalui untuk menguruskan harta pusaka si mati                                        Selepas kematian waris perlu memikirkan sendiri apa yang perlu mereka lakukan dan siapa yang akan membantu mereka menguruskan harta pusaka si mati                                            
Perkhidmatan konsultansi peribadi (personalized service) oleh wakil Wasiyyah Shoppe adalah PERCUMA                         Apabila waris pergi ke syarikat amanah atau peguam, sebelum sebarang perkhidmatan diberikan, waris perlu membayar 'YURAN BUKA FAIL' diantara RM500 sehingga beberapa ribu ringgit
Wakil Wasiyyah Shoppe akan datang ke rumah waris untuk menyelesaikan semua urusan.
Waris cuma perlu menghadiri perbicaraan di mahkamah atau pejabat pusaka kecil sahaja
Waris perlu berulang-alik ke syarikat amanah atau pejabat peguam untuk sebarang urusan selain daripada terpaksa juga ke mahkamah atau pejabat pusaka kecil 
Semua harta pusaka si mati akan diterima oleh waris individu yang dipercayai oleh semua waris sebelum diagihkan semula kepada waris-waris lain Semua harta pusaka si mati akan diterima terlebih dahulu oleh syarikat amanah atau oleh individu (sekiranya diuruskan peguam) sebelum diagaihkan semula kepada waris-waris lain 
Wasiyyah Shoppe memberikan perkhidmatan secara PERCUMA* untuk semua urusan pengurusan pusaka.
Harta pusaka akan diwarisi oleh waris-waris secara mutlak tanpa sebarang potongan
Apabila selesai urusan, syarikat amanah atau peguam akan membuat pemotongan sejumlah fi daripada harta pusaka si mati sebagai PERBELANJAAN PENGURUSAN PUSAKA  diantara 2 hingga 4% dari nilai harta pusaka 

Wednesday, October 6, 2010

Polisi Takaful : Adakah Benar Waris Yang Kita Ingini Akan Berhak Ke Atas Wang Polisi ?

Ramai di kalangan kita membeli polisi takaful. Objektifnya tetap sama di kalangan semua pemegang polisi takaful iaitu kita mahu jika sesuatu berlaku kepada kita, pasangan dan anak-anak kita mempunyai wang tunai untuk meneruskan kehidupan mereka. Oleh itu kita meletakkan nama mereka sebagai ‘Penama’ kepada polisi-polisi ini. Hasrat ini memang murni dan terpuji. 

Memang benar syarikat takaful bertanggungjawab untuk membayar wang polisi ini kepada ‘Penama’ seperti yang kita tetapkan bagi polisi tersebut  namun tahukah kita bahawa ‘Penama’ ini sebenarnya hanyalah seorang Wasi ( Pemegang Amanah ) sahaja ? Apabila mereka menerima wang polisi ini , mereka bertanggungjawab untuk mengagihkan semula wang ini kepada waris-waris lain yang berhak mengikut Hukum Faraid.

Apakah yang akan terjadi jika ‘Penama’ ini enggan menyerahkan semula wang polisi ini  kepada waris-waris Hukum Faraid tersebut ? Waris-waris mengikut Hukum Faraid mempunyai hak untuk menyaman ‘Penama’  didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah bagi menuntut bahagian mereka. 

Bukankah keadaan ini menyukarkan untuk ‘Penama’ dan juga waris-waris ? Jika anda benar-benar berhasrat supaya ‘Penama’ ini menerima wang polisi ini secara mutlak tanpa boleh dicabar oleh waris-waris mengikut Hukum Faraid, anda perlu mendapatkan perkhidmatan HIBAH TAKAFUL Wasiyyah Shoppe. 

HIBAH TAKAFUL Wasiyyah Shoppe menjamin supaya ‘Penama’ atau sesiapapun yang anda ingini menerima wang polisi ini secara mutlak tanpa boleh dicabar oleh waris-waris mengikut Hukum Faraid. Bukankah ini yang anda mahukan ?