Tahukah anda bahawa industri kewangan secara keseluruhan terbahagi kepada 3 iaitu pengumpulan harta, perlindungan harta dan perwarisan harta. Ramai orang mengumpul harta untuk kehidupan dan kesenangan hari-hari yang mendatang.Dan ramai juga yang mengambil pelbagai jenis takaful dan insuran untuk lindungi harta mereka. TETAPI ramai yang tidak ambil peduli malah tidak ada perancangan lansung untuk harta yang akan ditinggalkan selepas kematian mereka. WASIYYAH SHOPPE merupakan satu-satunya syarikat yang memberi kemudahan yang tidak ada pada syarikat lain.Jadi JANGAN TUNGGU LEBIH LAMA UNTUK MEMBUAT SEBARANG KEPUTUSAN KERANA JAMINAN YANG PASTI MENANTI ANDA..

Visi, Misi Dan Objektif

VISI Untuk menjadi syarikat perancangan dan pengurusan harta secara Syariah yang utama di Malaysia yang memberikan perkhidmatan peribadi (personalized service) cemerlang dengan menyebarkan maklumat yang telus, tepat dan mudah kepada masyarakat. 

MISI Memberikan perkhidmatan perancangan harta pusaka secara Syariah yang berkesan dari segi undang-undang, pantas dari segi penyelesaian dan memudahkan dari segi proses dan kos kepada pelanggan dan waris.
OBJEKTIF KORPORAT :

1- Berdakwah kepada masyarakat Islam dan menegakkan sunnah Rasulullah s.a.w melalui instrumen perancangan dan pengurusan harta pusaka secara Syariah.

2- Mewujudkan satu platform bagi umat Islam merancang dan mengurus harta pusaka mereka secara efektif dan cekap melalui kaedah Syariah.

3-Mendaulatkan kaedah perancangan harta pusaka Syariah dengan penggunaan maksima instrumen-instrumen Syariah seperti Dokumen Hibah, Dokumen Wasiat, Dokumen Harta Sepencarian dan Dokumen Amanah.

4- Memelihara keharmonian & kerukunan institusi kekeluargaan dengan penekanan kepada perhubungan silaturrahim waris selepas kematian.

5- Meringankan beban waris dengan membantu mereka melalui proses tunt. harta pusaka dgn cepat & pada kos yang paling minima.

6- Mewujudkan satu peluang keusahawanan baru yang inovatif.